Ya Allah Ya Karim
YA ALLAH kami
memanjatkan kesyukuran kepadamu, kerana mengizikan kami untuk menjayakan
mesyuarat PIBG kali ke 42 ini. Ya Allah, limpahilah keberkatan, rahmat
dan inayah Mu, pada majlis kami pada hari ini.
Sesungguhnya pada
hari ini, kami berkumpul keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi
keredhaanMu, dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah,
bertukar-tukar pendapat, bagi menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan,
ke arah memajukan lagi sekolah ini, demi kebaikan anak-anak kami.
Berkatilah
usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.
Ya Allah
kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment