Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn.Alamelu A/P gopal yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang Pembantu Tadbir. Moga baginya selepas bersara nanti , kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.
Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
sabar
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang Pembantu Tadbir. Kau limpahkan Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam memikul tanggungjawab sebagai Pembantu Tadbir, dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kelicinan perjalanan pentadbiran indtitusi pendidikan negara . Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
إعراب

No comments:
Post a Comment