PERCUBAAN KELANTAN
3.
(a) Keratan akhbar di atas merupakan komen seorang penduduk tetap mengenai
negara yang mengamalkan prinsip negara Islam.
(i) Senaraikan dua ciri negara Islam. [2 markah]
(ii) Nyatakan dua matlamat perundangan Islam dalam merealisasikan
keadilan kepada semua penduduk.
[4 markah]
(b) ” Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu
berbuat demikian) api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang
penolong pun yang lain daripada Allah SWT, Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu
itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”. (Maksud al-Quran Surah Hud, 12: ayat 113)
Apakah yang akan berlaku kepada sistem kehakiman jika hakim cenderung
kepada orang-orang yang berlaku zalim dalam perbicaraan.
[4 markah]
(c) Maksud ayat al-Quran ”.... apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah
kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang bertawakal
kepada-Nya”..
(i) Apakah yang anda faham tentang tawakal. [2 markah]
(ii) Terangkan dua kelebihan sifat tawakal kepada pembentukan akhlak
remaja.
[4 markah]
(d) Nyatakan dua ciri sistem sosial Islam. [4 markah]
PERCUBAAN MELAKA 2020
SOALAN 3
3 (a) Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang tertua sekali
di dunia.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah? [2 markah]
(ii) Jelaskan dua sebab perlembagaan tersebut dibentuk. [4 markah]
(b) Khalifah ialah pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama dan mentadbir
urusan dunia.
(i) Senaraikan dua ciri yang perlu ada pada seorang khalifah.
[2 markah]
(ii) Jelaskan dua implikasi pengabaian tugas khalifah. [4 markah]
(c) Seorang tertuduh telah disabit kesalahan meminum arak dan telah dijatuhkan
hukuman.
Sebagai seorang hakim, apakah nasihat anda kepada pesalah tersebut?
[4 markah]
(d) Perpaduan masyarakat merupakan faktor penting untuk kemajuan dan kekuatan
umat Islam.
Terangkan dua aktiviti yang sesuai dengan ajaran Islam untuk mewujudkan
perpaduan di sekolah. [4 markah]
SOALAN TAMBAHAN
No comments:
Post a Comment